Skip to main content

TERMS AND CONDITIONS

PEMANDU

1.    Pemandu mesti mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah dan masih belum tamat tempoh.
2.    Sihat tubuh badan dan waras.
3.    Hadirkan diri ketika mengambil kereta sewa untuk tandatangan borang perjanjian.

DOKUMEN

1.    Salinan Kad Pengenalan/MyKad penyewa.
2.    Salinan Lesen Memandu penyewa (tamat tempoh tidak dibenarkan).
3.    Salinan Kad Pengenalan Rujukan/ Penjamin (contoh: isteri, abang, suami, saudara dll).
4.    Salinan bil utiliti terkini rumah (contoh: bil Astro, bil TNB, bil air dll).
5.    Bisnes kad jika ada.
6.    Kad Pelajar jika seorang pelajar.

PEMBAYARAN

1.    Jumlah kadar sewaan keseluruhan termasuk Security Deposit perlu dijelaskan sebelum atau ketika mengambil kenderaan samaada melalui bank transfer atau pun Cash On Delivery (COD).
2.    Security Deposit bergantung kepada jenis kenderaan dan tempoh penyewaan. Security Deposit akan dipulangkan apabila kereta sewa dipulangkan dengan baik dan bebas daripada saman trafik.
3.    Sekiranya penyewa ingin menempah kenderaan untuk tarikh tertentu, penyewa perlu ‘bank-in’ minimum RM50 sebagai booking fee atau “tanda jadi”. Jumlah ‘booking fee’ ini bergantung kepada jenis kereta dan tempoh penyewaan.
4.    Sekiranya kereta sewa lambat dihantar, setiap jam yang berikutnya akan dicas minimum RM15/jam (bergantung kepada jenis kereta). Jadi untuk mengelakkan anda dikenakan cas sewaan yang tinggi sila hubungi kami sebelum tamat tempoh penyewaan dan seawal mungkin sekiranya ingin melanjutkan tempoh sewa pada kadar yang lebih baik.

PENGHANTARAN

1.    Sekiranya penyewa ingin khidmat penghantaran/ambil kereta sewa, cas akan dikenakan dan jumlahnya adalah bergantung kepada lokasi.
2.    Percuma bagi pengambilan dan penghantaran di kawasan MyMydin Subang Bestari.

TEMPOH PENYEWAAN

1.    Tempoh sewaan minima adalah 1 hari (24 jam).
2.    Syarikat tidak menyediakan tempoh sewaan mengikut jam kecuali bagi pelajar dengan bukti Kad Matrik/ Kad Pelajar.

LARANGAN KETIKA MENYEWA KERETA

1.    Dilarang untuk melakukan aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang negara Malaysia. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
2.    Dilarang mengubah suai keadaan kenderaan dan mencuri aksesori/ alat ganti kereta yang disewa. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
3.    Dilarang menyewakan/meminjamkan kereta sewa kepada orang lain (Sublet).
4.    Dilarang memandu kereta sewa keluar daripada Semenanjung Malaysia.
5.    Dilarang untuk menggunakan kenderaan sewa untuk tujuan Uber atau Grab Car.

KEROSAKAN

1.    Sekiranya berlaku kerosakan pada dalaman atau luaran kereta disebabkan kecuaian penyewa di dalam tempoh penyewaan, cas minimum (RM50) atau maksimum (RM2000) akan dikenakan kepada penyewa dan nilai bergantung kepada jenis dan tahap kerosakan. Syarikat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada penyewa yang ingkar dan laporan Polis akan dibuat.

SAMAN

1.    Sebarang saman atau kompaun daripada pihak berkuasa adalah tanggungjawab pemandu sepanjang tempoh sewaaan berjalan.
2.    Jika nilai saman adalah sama atau kurang daripada nilai Security Deposit, maka Security Deposit akan digunakan untuk membayar saman berkenaan. Jika nilai saman/ kompaun melebihi nilai Security Deposit, penyewa bertanggungjawab membuat pembayaran tambahan untuk menyelesaikan saman/ kompaun berkenaan.


PENYEWA DIINGATKAN SUPAYA MEMBACA DAN MEMAHAMI TERMA DAN SYARAT YANG DINYATAKAN. PIHAK SYARIKAT BERANGGAPAN BAHAWA ANDA TELAH MEMAHAMI TERMA DAN SYARAT INI JIKA PIHAK TUAN/PUAN TELAH MEMBUAT TEMPAHAN KENDERAAN DENGAN PIHAK KAMI.

Comments

Popular posts from this blog

Kereta Sewa Subang Bestari

Kereta rosak? Perlu kereta untuk perjalanan jauh? Mula kerja belum ada kenderaan sendiri? Tiada kenderaan sendiri? Kereta sewa baru? Penghantaran percuma di kawasan MyMydin Subang Bestari WhatsApp/ SMS/ Call: KarsvaGO Car Rental 013-9272025 016-3850838

Betulkah Cara Anda Menggunakan Jumper ?

Kesilapan yang biasa dilakukan adalah menyambungkan kabel negatif kepada terminal negatif pada kereta yang tidak boleh dihidupkan. Sebetulnya, ia perlu disambungkan kepada mana-mana bahagian metal pada kereta berkenaan 😅😅😅